Saturday, 20 December 2008

Aku dan roti canai...

Terima kasih Pak Awe Cabang 3 kg Batur, Bachok Kelantan. Kerana beliau lah yang mengajar aku cara-cara menebar roti canai. Sebenarnya masa tu aku menjadi "penganggur sepenuh masa" sampai takde masa pun aku nak kerja hehehe.

Siapa Pak Awe?..iaitu seorang tua dalam lingkungan umur 50-60 tahun ketika itu (tahun 1986)

Kisahnya bermula bila setiap malam aku sentiasa melepak kat kedai Pak awe. Anak-anak Pak awe langsung tidak berminat meneruskan kerjaya bapanya sebagai "penebar roticanai profesional".
Maka dari situ aku meminta izin dengan Pak Awe untuk menuntut ilmu menebar dengan syarat aku kena bawa tepung sendiri. Bermula dengan menguli dan menebar, aku mula belajar sehingga pandai iaitu lebih kurang dalam 1minggu.

Sebagai mengenang jasa Pak Awe, aku menghadiahkan sehelai kain pelikat. Sampai ke akhir hayat nama aku disebut-sebut oleh Pak Awe.


Foto ketika aku buka gerai roti canai dikedai Pakda Jehari di Kg Badak Mati pada tahun 1987.

Selepas aku mahir dalam ilmu roti canai, aku mula berniaga di Machang bersama sepupu iaitu Kak Lah selama beberapa bulan.

Selepas itu aku berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja sebagai penebar roti canai di Gombak pada tahun 1986 sebelum aku balik semula ke Kelantan dan seterusnya membuka gerai di Kg Badak Mati bersama adik (Man)

Setelah beberapa bulan aku berniaga aku diterima memasuki Institut Kemahiran Mara(IKM) pada tahun 1988 dan kerjaya sebagai penebar roti canai berakhir.

Video dibawah ini dirakam pada tahun 2009 kat rumah dan aku masih lagi memiliki kemahiran menebar...saksikanlah




Komen

Taman Bukit Jalil

November 23 2008, Kadang-kala aku sekeluarga berjogging di taman rekreasi bukit jalil, 5 km dari kediaman aku. Bes gak. >>lagi

Panjat bukit Puncak Kinrara

3.2.09 Aktiviti puah dok sajo.>>lihat foto
Nota fotografi jalanan oleh CAA


berikut ini adalah salinan nota Che' Ahmad Azhar di group FJM di Facebook.
marilah kita kongsi ilmu bersama-sama. (disusun semula oleh Olivia Ali)
________________________________
Che' Ahmad Azhar
Salam kawan2 FJM. Diharap semuanya sihat sejahtera.

Terpanggil saya untuk berkongsi makna 'street' setelah membaca komen2 berkenaan tempat2 rakaman yang 'valid' untuk street photography.

'Street' secara literalnya bererti jalan tetapi di dalam konteks street photography,
ianya membawa maksud yang lebih luas - bukan sahaja di jalan2 dan lorong2 malah merangkumi tempat2 awam seperti taman riadah, taman bunga, taman haiwan, tepi pantai, tempat peranginan, tempat perhentian, pasar, kampung dan sebagainya.

Diringkaskan, di mana2 sahaja asalkan bukan tempat milik persendirian.

Adalah salah jika kita memaparkan gambar2 tempat milik persendirian tanpa kebenaran bertulis daripada tuan punya sesuatu tempat itu. Tetapi masih dibenarkan jika gambar dirakam dari luar dan ternampak subjek di bahagian dalam tempat milik persendirian. Cuma janganlah sampai memanjat2 pagar atau menghala kamera melalui tingkap untuk 'mencuri' shot di dalam (jika ditangkap ketika itu, kita boleh didakwa menceroboh privasi mereka).

Tempat2 seperti di dalam hutan tebal, di tengah2 laut, di dalam air dan di udara tidak pula dianggap sebagai 'street' disebabkan ianya bukan tempat kebiasaan orang ramai berkunjung, hanya pihak2 berkenaan sahaja.

Diharap dengan penjelasan di atas dapatlah sedikit sebanyak menerangkan tempat2 rakaman untuk street photography.

Sekian. Terimakasih.
________________________________
Che' Ahmad Azhar
Salam kawan2 FJM. Diharap semuanya sihat sejahtera.

Saya ingin berkongsi secara ringkas mengenai kategori2 utama dalam bidang fotografi supaya kita lebih jelas mengenai Street Photography dan tidak menimbulkan kekeliruan (atau perbalahan) apabila kita berbincang tentang sesuatu gambar di FJM ini.

Bidang fotografi secara amnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu
Documentary Photography, Commercial Photography dan Fine Art Photography.

1. Documentary Photography

Definisi: Documentary Photography ialah rakaman gambar2 berinformasi mengenai kehidupan manusia dan alam semulajadi dengan tujuan untuk dijadikan bahan sejarah, bahan bukti dan juga sebagai kenang2an.

Diantara bidang2 pengkhususan di bawah Documentary Photography ialah Photojournalism, Editorial Photography, Street Photography, Event Photography, Wedding Photography, Medical and Forensic Photography, Landscape and Nature Photography, Architectural Photography, Travel Photography dan Portrait Photography.

2. Commercial Photography

Definisi: Commercial Photography ialah rakaman gambar2 barangan dan perkhidmatan serta destinasi pelancongan dengan tujuan untuk dijadikan bahan promosi, pemasaran dan penjualan.

Diantara bidang2 pengkhususan di bawah Commercial Photography ialah Product
Photography, Fashion Photography dan Food Photography.

* Landscape and Nature Photography, Architectural Photography serta Travel Photography boleh dianggap sebagai Commercial Photography sekiranya tujuan rakaman adalah untuk pengiklanan seperti promosi pelancongan.

3. Fine Art Photography

Definisi: Fine Art Photography ialah rakaman gambar2 interpretasi dan ekspressi diri mengenai sesuatu idea dan konsep dengan tujuan untuk dijadikan bahan luahan rasa dan minda serta eksperimentasi teknik dan persembahan.

Diantara bidang2 pengkhususan di bawah Fine Art Photography ialah Conceptual
Photography dan Experimental Photography.

Jika diringkaskan ketiga2 kategori utama ini dengan tujuan masing2:

Documentary Photography: TO TELL
Commercial Photography: TO SELL
Fine Art Photography: TO DWELL

Tidak dapat dinafikan bahawa memang wujud 'overlapping' di antara ketiga2 bidang ini dari segi pemilihan subjek, teknik rakaman dan cara persembahan sesuatu gambar. Jika berlaku kekeliruan di mana sesuatu gambar itu harus di kategorikan, kita haruslah merujuk kembali kepada tujuan asal kenapa ianya dirakamkan.

Tujuan rakaman mestilah dipastikan terlebih dahulu sebelum sesuatu gambar dirakamkan.

Tidak wajarlah jika kita kemudiannya menukarkan sesuatu gambar ke kategori yang lain kerana ia tidak lagi menepati tujuan asal rakaman itu dibuat. Sebagai contoh, rakaman gambar untuk Street Photography yang berpayungkan Documentary Photography tidak wajar kemudiannya ditukarkan kepada Fine Art Photography kerana tujuan rakaman untuk kedua2 kategori ini adalah berbeza.

Di sinilah pada pendapat saya, mungkin timbul sedikit kekeliruan di FJM ini.

Memang benar di dalam Fine Art Photography, kita boleh 'meminjam' subjek2 jalanan untuk tujuan ekspressi diri. Tetapi gambar2 yang dihasilkan itu bukanlah gambar2 Street Photography dalam ertikata yang sebenarnya.

Kenapa saya berkata begitu?

Jika dikaji Street Photography dari sudut sejarah dan pelopor2 ulungnya, terbukti
ianya berpaksikan 'Straight Photography' iaitu falsafah cara rakaman yang digunakan untuk Documentary Photography. 'Straight Photography' menekankan kita sebagai perakam sahaja dengan pembukaan 'aperture' yang kecil supaya gambar 'menceritakan' dengan jelas keseluruhan situasi yang telah dirakamkan itu. Kita tidak boleh mengolah situasi di hadapan kamera. Kita juga tidak dibenarkan memproses gambar mengikut selera sendiri kerana ianya akan mengubah realiti sebenar ketika situasi berkenaan dirakam. Begitulah juga dengan caption, ditulis lokasi dan tarikh rakaman sahaja.

Street Photography ini rata2nya didefinisikan sebagai dokumentasi visual secara
spontan kehidupan manusia seharian dan persekitarannya. Elemen utama dalam Street Photography adalah penceritaan dan 'decisive moment'. Komposisi dan pencahayaan yang bersesuaian akan menjadikan penceritaan lebih menarik lagi.

Perkataan yang penting dalam konteks ini adalah dokumentasi. Kita merakam dengan tujuan menjadikan gambar2 kita sebagai dokumen atau rekod yang boleh digunakan sebagai bahan rujukan sejarah dan kajian generasi sekarang dan masa hadapan mengenai kehidupan dan budaya masakini.

Lantas, Street Photography bukanlah mengenai ekspressi diri kita tetapi mengenai subjek yang dirakamkan itu.

Saya harap dengan penerangan di atas, dapatlah sedikit sebanyak membantu kawan2 di FJM ini untuk lebih memahami bidang Street Photography yang kita sama2 minati ini.

Sekian. Terimakasih.

photojournalism and street photography

photojournalism ada news value esp hard news... maknanya gambar2 digunakan sebagai berita terutamanya berita2 utama... utk suratkhabar, majalah dan sebagainya... manakala street photography pula takde news value... maybe more to features but not hard news... tetapi dari segi subjek, penceritaan dan teknik rakaman... kedua2nya adalah sama
_______________________________

Che' Ahmad Azhar
Salam kawan-kawan FJM. Diharap semuanya sihat sejahtera.

Bersambung kita dengan soalan-soalan asas ditopik seterusnya.

Topik 2: SUBJEK

1. Adakah setiap subjek berperanan dalam membantu penceritaan?

Soalan pertama ini berkait dengan topik penceritaan yang lalu.

Subjek manusia dan persekitarannya yang dirakam pada setiap gambar boleh dibahagikan kepada dua kategori; subjek utama (main subject) dan subjek pembantu (supporting subject).

Subjek utama adalah subjek yang menjadi fokus dalam gambar kita dan seluruh penceritaan berkisar mengenainya. Walaupun lazimnya manusia menjadi subjek utama, subjek lain seperti binatang dan objek yang tidak bernyawa juga boleh dijadikan sebagai subjek utama.

Manakala subjek pembantu merupakan subjek-subjek sampingan yang dirakam bersama subjek utama. Ini termaksuklah subjek yang digunakan sebagai latar belakang dalam gambar kita. Peranan subjek pembantu ialah untuk mengukuhkan penceritaan.

Seringkali juga subjek pembantu yang mewarnai keseluruhan penceritaan kita.

2. Adakah subjek yang dirakam itu menarik untuk dikongsikan?

Soalan kedua ini berkenaan pemilihan subjek.

Pemilihan subjek yang menarik untuk dirakamkan adalah subjektif. Subjek yang menarik kepada kita mungkin tidak menarik kepada orang lain. Walaupun begitu, saya rasa kita boleh bersetuju bahawa subjek yang sudah biasa dilihat tidak lagi dianggap menarik. Tambahan pula jika ianya dirakamkan tanpa sebarang penceritaan, sudah tentu kita akan menghasilkan gambar yang membosankan.

Saya akui memang sukar untuk mendapatkan subjek yang tidak pernah atau jarang dilihat tetapi menarik, subjek yang orang terlepas pandang tetapi istimewa.

Itulah cabaran kita sebagai fotografer jalanan. Itulah yang membuatkan saya seronok untuk keluar setiap minggu merakam gambar.

3. Adakah kita mempunyai idea tersendiri dalam pemilihan subjek?

Soalan terakhir ini adalah mengenai daya kreativiti kita.

Selalu kita lihat apabila seseorang berjaya merakam sesuatu subjek yang menarik, ramai yang akan menuju ke tempat yang sama untuk mendapatkannya juga. Atau pun, cuba untuk mendapatkan subjek yang hampir sama di tempat lain.

Haruskah begitu? Bukankah banyak lagi subjek lain yang menarik untuk dirakamkan? Tidak inginkah kita dikenali sebagai fotografer jalanan yang mempunyai idea tersendiri?

Mungkin ada yang bertanya, "Saya baru belajar... salahkah saya meniru?"

Hmmm... mestikah kita bermula dengan meniru?

Orang berkolek awak berkolek,
Orang mudik awak hanyut;
Orang bersolek awak bersolek,
Orang cantik awak serabut.

Sekian sahaja buat masa ini. Insya'Allah berjumpa lagi ditopik seterusnya: KOMPOSISI

Terimakasih, Chemat
___________________________________________
Che' Ahmad Azhar
Salam kawan2 FJM. Diharap semuanya sihat sejahtera.

Malam ni saya byk komen gambar2 di FJM... saya dapati ramai yg bagus dari segi komposisi... tapi lemah dari segi penceritaan... kebykkannya penceritaan kurang jelas atau tidak ada apa2 yg menarik utk dikongsikan bersama.

Lagi satu... ttg caption... masih ada yg cuba 'berkreatif' dgn caption... tidak perlu sebenarnya... caption utk fotografi jalanan ni hanya lokasi dan tarikh saja... kita biarkan gambar yg bercerita... bukan kita.

Bagi saya, sesiapa yg cuba 'berkreatif' dlm menulis caption tu... maknanya gambar dia tidak kuat dari segi penceritaan... jadi dia perlukan caption yg kreatif dgn harapan gambarnya 'bercerita'.

LET THE PICTURE TELLS THE STORY... NOT YOU!

Sekian. Terimakasih.

____________________________________________

Che' Ahmad Azhar
Salam kawan2 FJM,

Teguran mengenai cara2 menulis caption untuk fotografi jalanan.

Caption mestilah berdasarkan maklumat benar mengenai sesuatu gambar yang dirakamkan.

Kita tidak boleh membuat sebarang interpretasi atau andaian sendiri dalam menulis caption kerana ia mungkin tidak mencerminkan situasi sebenar ketika rakaman dibuat.

Caption2 yang menggunakan quotes, short phrases, madah pujangga juga dikhuatiri akan mempengaruhi atau memesongkan keadaan yang sebenarnya.

Kita haruslah ingat gambar2 yang kita rakam hari ini akan menjadi rujukan di masa hadapan.

Bunyinya macam serious sahaja tetapi itulah yang berlaku di Eropah dan Amerika. Gambar2 fotografi jalanan adalah antara sumber2 rujukan yang digunakan oleh ahli2 kaji sejarah, sociologists, perancang bandar dll untuk mengkaji kehidupan manusia terdahulu.

Oleh itu, caption mestilah berbentuk maklumat sebagai bahan rujukan. Tidak lebih dari itu.

Cara menulis caption untuk gambar2 fotografi jalanan adalah mudah sahaja, seperti yang dipraktikkan dari sejak dahulu lagi.

1. Paling mudah kita cuma tulis tempat dan tarikh. Contohnya: Kuala Lumpur, 22hb Mac 2011.

2. Kalau mahu lebih detail: Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, 22hb Mac 2011.

3. Atau ikut stail photojournalism: Seorang lelaki sedang menjual permainan kanak-kanak di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia, 22hb Mac 2011.

Mungkin sesetengahnya berpendapat caption sebegini nampak macam boring sahaja tetapi ianya benar dan tepat.

Let the picture tells the story.

Terimakasih, Chemat

Wednesday, 17 December 2008

Melawat masjid kristal

Aku sekeluarga singgah di Masjid Kristal selepas balik dari majlis meminang Rosdan >>lagi