Saturday, 20 December 2008

Aku dan roti canai...

Terima kasih Pak Awe Cabang 3 kg Batur, Bachok Kelantan. Kerana beliau lah yang mengajar aku cara-cara menebar roti canai. Sebenarnya masa tu aku menjadi "penganggur sepenuh masa" sampai takde masa pun aku nak kerja hehehe.

Siapa Pak Awe?..iaitu seorang tua dalam lingkungan umur 50-60 tahun ketika itu (tahun 1986)

Kisahnya bermula bila setiap malam aku sentiasa melepak kat kedai Pak awe. Anak-anak Pak awe langsung tidak berminat meneruskan kerjaya bapanya sebagai "penebar roticanai profesional".
Maka dari situ aku meminta izin dengan Pak Awe untuk menuntut ilmu menebar dengan syarat aku kena bawa tepung sendiri. Bermula dengan menguli dan menebar, aku mula belajar sehingga pandai iaitu lebih kurang dalam 1minggu.

Sebagai mengenang jasa Pak Awe, aku menghadiahkan sehelai kain pelikat. Sampai ke akhir hayat nama aku disebut-sebut oleh Pak Awe.


Foto ketika aku buka gerai roti canai dikedai Pakda Jehari di Kg Badak Mati pada tahun 1987.

Selepas aku mahir dalam ilmu roti canai, aku mula berniaga di Machang bersama sepupu iaitu Kak Lah selama beberapa bulan.

Selepas itu aku berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja sebagai penebar roti canai di Gombak pada tahun 1986 sebelum aku balik semula ke Kelantan dan seterusnya membuka gerai di Kg Badak Mati bersama adik (Man)

Setelah beberapa bulan aku berniaga aku diterima memasuki Institut Kemahiran Mara(IKM) pada tahun 1988 dan kerjaya sebagai penebar roti canai berakhir.

Video dibawah ini dirakam pada tahun 2009 kat rumah dan aku masih lagi memiliki kemahiran menebar...saksikanlah




Komen

No comments: