Monday 5 September 2011

Bahaya Tonik Air Ikan Haruan

Sumber: Metro 2010/08/12.

Tonik berkenaan dikatakan mampu memberi kesan sempurna hanya dengan minum dua cawan kecil sebelum berpuasa dan tidak perlu bimbang letih kerana ramuan pati ikan haruan boleh mengekalkan tenaga badan dengan tempoh daya tahan sehari tanpa perlu makan atau minum.
Bagaimanapun, sumber Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak berkata, tonik air ikan haruan terbabit antara ubat diharamkan jualannya sejak tahun lalu kerana didapati mengandungi bahan larangan.

Photobucket
gambar tonik yang dimaksudkan

Menurutnya, produk yang sering dijual penjual ubatan tradisional di kaki lima sekitar bandar raya ini mengandungi steroid berlebihan yang boleh menjejaskan kesihatan sesiapa yang mengambilnya.

Menurutnya, penggunaan steroid dalam tonik berkenaan boleh menyebabkan seseorang pengguna itu menghadapi sembab, lemah otot, kegagalan fungsi buah pinggang, darah tinggi, gangguan haid, jerawat dan paling teruk boleh membawa maut.

Orang ramai dinasihati jangan membeli tonik berkenaan kerana ia tidak dijamin keselamatan penggunaannya oleh pihak berkuasa negara ini serta boleh memudaratkan kesihatan.