Wednesday 14 September 2011

Memahami video resolution

Apakah video resolution? Apa yang anda faham tentang VGA, SVGA, HD720, HD1080 dan sebagainya.
Di sini saya cuba terangkan mengikut kefahaman saya dan jika salah tolong betulkan kerana saya tidak pernah masuk mana-mana kelas IT.

Carta diatas ialah standard display resolution & sar ratio yang biasa terdapat dalam kamera.
Storage aspect ratio(SAR) 4:3 ditunjukkan dgn warna oren yang dikenali sebagai VGA.
Storage aspect ratio(SAR)16:9 ditunjukkan dgn warna Hijau tua yang dikenali sebagai HD.

Apakah HD720 atau HD1080?
720 & 1080 merujuk kepada display height tetapi mempunyai SAR yg sama iaitu 16:9 yg mana di namakan HD. Jika editing dan converter dibuat, pastikan mempunyai nilai SAR yg sama. Pengiraan SAR seperti dibawah;


Pengiraan bagaimana untuk reduce resolution
Contoh:
Untuk menukar resolution asal dari 1920x1080 kepada height 240
W x H = New height
1920/1080 x 240 = 427
=427 x 240

Anda juga boleh buat pengiraan on-line aspect ratio kat web ni

Monday 5 September 2011

Bahaya Tonik Air Ikan Haruan

Sumber: Metro 2010/08/12.

Tonik berkenaan dikatakan mampu memberi kesan sempurna hanya dengan minum dua cawan kecil sebelum berpuasa dan tidak perlu bimbang letih kerana ramuan pati ikan haruan boleh mengekalkan tenaga badan dengan tempoh daya tahan sehari tanpa perlu makan atau minum.
Bagaimanapun, sumber Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak berkata, tonik air ikan haruan terbabit antara ubat diharamkan jualannya sejak tahun lalu kerana didapati mengandungi bahan larangan.

Photobucket
gambar tonik yang dimaksudkan

Menurutnya, produk yang sering dijual penjual ubatan tradisional di kaki lima sekitar bandar raya ini mengandungi steroid berlebihan yang boleh menjejaskan kesihatan sesiapa yang mengambilnya.

Menurutnya, penggunaan steroid dalam tonik berkenaan boleh menyebabkan seseorang pengguna itu menghadapi sembab, lemah otot, kegagalan fungsi buah pinggang, darah tinggi, gangguan haid, jerawat dan paling teruk boleh membawa maut.

Orang ramai dinasihati jangan membeli tonik berkenaan kerana ia tidak dijamin keselamatan penggunaannya oleh pihak berkuasa negara ini serta boleh memudaratkan kesihatan.