Wednesday, 4 November 2009

Bye-bye maxis broadband

Setelah sekian lama aku menggunakan maxis broadband
akhirnya pada hari ini 30.10.09 dengan resminya aku telah POTONG.
Sekarang aku menggunakan streamyx pakej kombo 60 ringgit.
Pueh ati pakai streamyx ni.
 

Tuesday, 6 October 2009

Hati-hati dengan email maybank palsu

Hati-hati dengan email seperti dibawah.
Jika anda menerima notice dari maybank2u, JANGAN kemaskinikan kerana ianya Tipu.
Maybank atau mana-mana bank TIDAK pernah mengemaskini akaun bank melalui email.

Sent: Tuesday, October 06, 2009 8:05 AM
Subject: [!! SPAM] Maybank Customer Alert

Unblock your Account ,

For security reasons, your maybank2u.com account has been blocked due
to inactivity or because of too many failed login attempts.
You must authenticate again.

Please login at maybank2u to restore your account access.

Maybank Berhad
https://www.maybank2u.com.my

We apologize for any inconvenience this may cause.

 © 2001-08 Maybank. All rights reserved.

Wednesday, 26 August 2009

Samy Vellu Ditemuramah - Program Angkasawan Negara

> Samy: "... Bagi saya, ini suma adalah satu pemmbaziran atas duit
> rakyat.Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pergi
> matahari.
> Barulah USA, Russia, respect sama kita... ."
>
> Penemuramah: Tapi Dato' Seri, matahari kan panas. Macam mana mau pergi
> sana?
>
>
> Samy: Cit! itu pasal la u tara jadi mintri. Saya suda lebey 30 tahun
> jadi
> mintri, saya musti ada jalan penyelesaian. Kita jangan pergi siang,
> manyak
> panas. kita pigi malam, baru ada sujuuuuuk... ...

Wednesday, 3 June 2009

Poksu & Kovokesyen Mat Roji di PICC 2009

Kovokesen Mat Roji di PICC putrajaya pada 2.6.09.
Poksu dan Alif balik dari menghadiri majlis konvokesyen.
Kamera:SE K800i

#1)Pukul 6.30 petang sebelum pergi makan singgah bergambar di Jambatan Sri Gemilang


#2)


#3


#4


#5


#6


komen

Sunday, 22 February 2009

BBq di Pantai morib 21.2.09


Aktiviti hari minggu kali ni, buat BBQ di Pantai Morib. Datang lepas asar, pacak khemah dan sediakan tempat untuk buat BBQ.

Lepas wat bbq, hujan pulak turun. Apa lagi..lepas makan kemas khemah..lepak kejap dan terus balik . Paras laut turun jauh ke laut menjelang magrib. Ramai pemancing datang pada tengah malam.

Saturday, 20 December 2008

Aku dan roti canai...

Terima kasih Pak Awe Cabang 3 kg Batur, Bachok Kelantan. Kerana beliau lah yang mengajar aku cara-cara menebar roti canai. Sebenarnya masa tu aku menjadi "penganggur sepenuh masa" sampai takde masa pun aku nak kerja hehehe.

Siapa Pak Awe?..iaitu seorang tua dalam lingkungan umur 50-60 tahun ketika itu (tahun 1986)

Kisahnya bermula bila setiap malam aku sentiasa melepak kat kedai Pak awe. Anak-anak Pak awe langsung tidak berminat meneruskan kerjaya bapanya sebagai "penebar roticanai profesional".
Maka dari situ aku meminta izin dengan Pak Awe untuk menuntut ilmu menebar dengan syarat aku kena bawa tepung sendiri. Bermula dengan menguli dan menebar, aku mula belajar sehingga pandai iaitu lebih kurang dalam 1minggu.

Sebagai mengenang jasa Pak Awe, aku menghadiahkan sehelai kain pelikat. Sampai ke akhir hayat nama aku disebut-sebut oleh Pak Awe.


Foto ketika aku buka gerai roti canai dikedai Pakda Jehari di Kg Badak Mati pada tahun 1987.

Selepas aku mahir dalam ilmu roti canai, aku mula berniaga di Machang bersama sepupu iaitu Kak Lah selama beberapa bulan.

Selepas itu aku berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja sebagai penebar roti canai di Gombak pada tahun 1986 sebelum aku balik semula ke Kelantan dan seterusnya membuka gerai di Kg Badak Mati bersama adik (Man)

Setelah beberapa bulan aku berniaga aku diterima memasuki Institut Kemahiran Mara(IKM) pada tahun 1988 dan kerjaya sebagai penebar roti canai berakhir.

Video dibawah ini dirakam pada tahun 2009 kat rumah dan aku masih lagi memiliki kemahiran menebar...saksikanlah




Komen

Taman Bukit Jalil

November 23 2008, Kadang-kala aku sekeluarga berjogging di taman rekreasi bukit jalil, 5 km dari kediaman aku. Bes gak. >>lagi