Sunday 13 July 2008

Deco ruang tamu dan bilik anak

Dulu aku tak beberapa kisah sangat dengan hiasan dalaman rumah. Janji ada rumah dah ok.
Tetapi semenjak tolong kawan dalam perniagaan langsir pada tahun 2004, minat untuk menghias rumah timbul.
Menghias rumah terutama apartment agak susah sikit kerana ruang apartment sempit. Aku sebenarnya bukannya tahu sangat pasal deco ni, tetapi setalah membuat sedikit stydy melalui rancangan tv dan melihat gudang perabut ikea, idea-idea mula timbul.
Apa yang mula-mula kita lihat bila kita berkunjung rumah orang?. Sudah tentu mata kita tertumpu kepada lantai dahulu dan kamudian kita lihat dinding dan langsir. Pada saya ini merupakan asas untuk menghias rumah. Pemilihan langsir pula mestilah ngam dengan warna dinding.
Jika kita tidak tahu apa warna untuk lansir dan dinding, kita patut memilih warna-warna cerah manakala warna langsir biarlah berwarna kosong dan kontra dengan warna cat.

Berikut adalah foto-foto sebelum dan selepas

Sebelum-Pemilihan langsir dan cat yang tidak sesuai

Selepas

Sebelum-Pemilihan border meyebabkan rumah nampak lagi sempit.

Sebelum...macam tadika daa

Selepas-Lantai luminate akan menyebabkan ruang terselah.

Sebelum-Warna dan langsir tidak sesuai menampakan lebih serabut.

Selepas

Selepas

Selepas

Selepas

BILIK TIDUR ANAK
Ukuran bilik tidur ialah 10'x9.5". Aku buat sedikit ubahsuai dengan buangkan katil dua tingkat, meja buku dan rak buku dan membeli set bilik tidur untuk kanak2 remaja dan beberapa akseseri dari ikea. Aku juga telah memasang kipas siling bilik supaya suasana menyenangkan untuk anak2 aku yang telah meningkat usia remaja.

Katil berlaci membuat bilik jadi besar kerana tilam tambahan boleh dimasukkan dibawah katil.

Tempat study boleh digunakan untuk 2 orang.





3 comments:

for2ner said...

salam bro lan,

saya 'terserempak' ngan bro punyer blog ni tatkala mencari2 website ttg deco apartment. sy sbenarnya tgh nak carik ilham camne nak reno apt saya. sekali tengok, layout apt bro saling x tumpah cam apt saya. bro punya reno works nampak menarik..serius cam nak follow je..ahaks..kalau x keberatan nak tanya 3 benda la..bro dok mana sebenarnya? berapa total kos masa wat reno tuh dulu? kontraktor mana? thanks..

LaN PuNcAk said...

W/salam.
Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya yang tah apa2 ni.
Seingat saya lantai luminate yg saya buat ketika itu(2006)kosnya sekitar rm2700. Yang lain-lain seperti cat saya buat sendiri. Lansir dan perabut ikut kemampuan.

akulafara said...

wow! byk prubahan memg ketara, tpi mcm ne ngn modal, n perabut sblum ni?