Sunday, 13 December 2009

Kereta Peronda Palsu

Image dari sumber internet.
Mungkin polis malaysia boleh buat begini.
#1

Seorang anggota polis sedang buat operasi perangkap laju..
#2

#3

#4

Saturday, 12 December 2009

Mas kahwin mahal tambah jumlah anak dara tua

KOTA BHARU - Kenaikan kadar mas kahwin hanya akan menambahkan bilangan kaum wanita menjadi anak dara tua.
Itu pendapat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan Selangor menaikkan kadar mas kahwin di negeri itu daripada RM80 kepada RM300 berkuat kuasa 1 Januari 2010.
"Saya pun mengenakan tidak lebih RM1,000 bagi mas kahwin termasuk hantaran bagi setiap anak saya.
"Tidak perlu sampai kepada keputusan peringkat kerajaan. Kamu hendak naikkan mas kahwin boleh tetapi kalau sampai menyusahkan si lelaki tidak bolehlah. Hendak cari duit empat, lima ribu bukan senang," katanya di sini semalam.
Kelantan adalah antara beberapa buah negeri yang tidak menetapkan sebarang kadar mas kahwin untuk pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.
Menurutnya, langkah mengenakan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi jumlahnya hanya lebih menunjukkan bersifat riak sehingga akhirnya membebankan pasangan lelaki.

Friday, 11 December 2009

Pose-pose istimewa balik raya posa 2009

Ini dah kira tido tahap gaban ni. No komen! harap2 ada kemajuan di tahun hadapan.


Emm...Mandi dalam besen laksa Tok mek pun best jugak. Kiranya foto terbaik raya tahun ni. Nanti tahun depan Tok mek beli besen lagii besarr. Boleh muat dengan mak-maknya sekali!


Toot... Terpaksa kena sensor bahaya oo.



Raya tahun ni keluarga kita ada wat perubahan sikit. Kita beraya & bermain mercun di pantai Melawi. Malam, bakar ayam. Siang mandi pantai.


Ni tengah bakar ayam.

Suasana tepi pantai waktu malam(tengah bakar mercun)

Tengah mandi pantai..
Ni video sidan ambik. AKu masuk dalam youtube..




Ni pulak gambar kawin anak kaknah..

Tuesday, 8 December 2009

Perbandingan MPV kat mesia.

Ini adalah perbandingan MPV di malaysia
Ini adalah antara komen dari pemilik exora yang aku petik dari http://protonexora.com.my

madek 7745 aku saja nak bagi tau pengalaman aku.
1. keta aku dah keluar sehari sebelum raya haji...hehehe. B-line aje. tak dak rim sukan.
2. minyak aku letak kat kulim full and then sampai aja kat kelantan aku letak balik (RM 37.80 aje full dah). perjalanan aku from kulim ke kelantan dalam 310 km. so kalau calculate...minyak aku guna masa naik bukit cross banjaran titiwangsa adalah 0.122 sen/km (ye betul). aku pun tak pecaya tapi tiu lah realitynya. speed aku guna below 100km (coz dalam running in lagi). kepada siapa yang kata exora makan minyak tu mayb kena studi balik. dia sebenarnya ikut cara pemanduan kita. aku bukan jenis yg suka nerlumba. heheheanyway itu lah realityya.
assalamualaikum...aku raye haji kedua kat atas fraser hill...ade tiga bijik exora yang aku terserempak kat atas sane...layan corner kiri kanan...mantop beb....raye ketiga korban kat masjid fraser hill...best...takbir...muatan 3 dewasa, 3 kanak-kanak, 4 beg pakaian dll...turun pun steady...semua kat line D aje...sistem jaga gear yang sesuai...kesejukan exora...best..
SALAM PADA PENDAPAT SAYA, KELEBIHAN UTAMA EXORA ADALAH PADA SAIZ NYA YANG LUAS DAN SELESA. MEMBER-MEMBER YANG NAIK EXORA SAYA NI KATE MACAM ALPARDLA,WISHLA,STREAMLA,GRANDISLA,CITRALA,GL DAN MACAM-MACAM LAGI.AGAK-AGAK KALAU DORANG NAIK MPV-MPV TADI DORANG CAKAPTAK MACAM EXORA? RASE SAYE TAK.SEBAB EXORA TERLALU ISTIMEWA DAN MPV LAIN TAK LAYAK UNTUK BERTANDING DENGAN EXORA.
khairulainul
aku masa beli Exora ni....x pernah test drive malah x pernah masuk pon dlm Exora...tp aku yakin dgn kemampuan dan kehebatan Exora...panduan aku cuma forum EOCM ni.... hingga hari ni..dah hampir sebulan aku menggunakan Exora, aku mmg puas hati...

Friday, 6 November 2009

Tok Su pergi Mekah

Alhamdulilah akhirnya Hajat Tok su(76tahun) untuk menunaikan rukun islam kelima tercapai. Pada hari ini 6.11.09(jumaat) berlepas dari airport Kuantan ke KLIA lebih kurang pukul 10 pagi dan berlepas semula ke Jeddah pukul 11 malam. Sementara untuk menunggu waktu berlepas jemaah direhatkan di Komplek Tabung Haji Kelana Jaya.





Rombongan Tok Su terdiri daripada Makcik Meloh suami isteri serta bersama pasangan Kakaknya(lupa nama)Kesemuanya seramai 5 orang.









Wednesday, 4 November 2009

Bye-bye maxis broadband

Setelah sekian lama aku menggunakan maxis broadband
akhirnya pada hari ini 30.10.09 dengan resminya aku telah POTONG.
Sekarang aku menggunakan streamyx pakej kombo 60 ringgit.
Pueh ati pakai streamyx ni.
 

Tuesday, 6 October 2009

Hati-hati dengan email maybank palsu

Hati-hati dengan email seperti dibawah.
Jika anda menerima notice dari maybank2u, JANGAN kemaskinikan kerana ianya Tipu.
Maybank atau mana-mana bank TIDAK pernah mengemaskini akaun bank melalui email.

Sent: Tuesday, October 06, 2009 8:05 AM
Subject: [!! SPAM] Maybank Customer Alert

Unblock your Account ,

For security reasons, your maybank2u.com account has been blocked due
to inactivity or because of too many failed login attempts.
You must authenticate again.

Please login at maybank2u to restore your account access.

Maybank Berhad
https://www.maybank2u.com.my

We apologize for any inconvenience this may cause.

 © 2001-08 Maybank. All rights reserved.